Menjadi Jutawan Interior Designer
Perniagaan ini menjalankan perkhidmatan pengurusan hiasan dalaman rumah. Saya menfokuskan pengurusan untuk menyeri dan mencantikkan rumah atau tempat kediaman. Selain itu, saya juga mengurus majlis rasmi dan ruangan pejabat.
Slogan perniagaan saya ialah ‘Semuanya Bermula Dari Rumah’. Seiring dengan slogan tersebut, tujuan perniagaan Lisa`s Interior Designer adalah untuk:
- Memenuhi permintaan pelanggan di kawasan Port Dickson dalam perkhidmatan hiasan dalaman rumah.
- Meluaskan pasaran di luar kawasan Port Dickson dan negara –negara Asean bermula Januari 2011
- Menyediakan pelbagai perkhidmatan berkualiti mengikut citarasa pelanggan di kawasan Port Dickson dan kawasan berhampirannya.
Lisa`s Interior Designer mempunyai idea dan kreativiti tersendiri untuk menghias tempat kediaman yang melambangkan keselesaan, ketenangan dan keindahan. Pelanggan boleh memilih corak hiasan berpandukan pakej yang telah disediakan. Kesemuanya menggabungkan kepakaran dalam mereka bentuk hiasan dalaman dan menyusun ruang menggunakan gabungan konsep klasik, kontemporari, dan mengikut trend semasa. Saya menawarkan perkhidmatan kepada semua golongan pengguna.Saya berharap saya akan berjaya pada masa akan dating.