1992- 3 bulan
bercerita ketika dia sedang sarat mengandung, dengan tekun aku mendengar. Ibu mengatakan bahawa mengandungkan aku adalah hadiah yang paling istimewa bersama ayah. Pada bulan pertama, kedua dan ketiga berita mengandungkan aku masih belum dapat dikenal pasti. Ibu hanya mengatahui selepas 3bulan. Ibu mengalami muntah-muntah, sakit kepala, sakit tulang belakang dan pening. Ibu dan ayah pon mengambil keputusan pergi ke Klinik Akshah. Doktor Murnirah telah memberi kejutan yang sangat besar kepada ibu dan ayah akan kejadian aku. Setelah mengatahuinya ibu menangis tanda kesyukuran. Ayah hanya mampu tersenyum kegembiraan. Kegembiraan ini bukan hanya seketika sahaja. Ianya berpajangan kerana diheboh kan kepada semua ahli keluarga.
1992-6 bulan
Ibu sedang sarat mengandungkan aku. Ketika itu ibu masih bekerja di Restoran Tom Yam yang dikendalikan ayah aku sendiri. Ibu seorang yang sangat rajin dan tekun akan tugasnya. Ibu pernah memberi tahu bahawa, aku sangat nakal didalam perut kerana sering kali ibu rasa seperti ditendang. Tetapi setiap kali aku bergerak, setiap kali itu jugak ibu tersenyum kegembiraan. Ayah sangat prihatin akan kesihatan ibu. Ayah sering membeli layanan yang baik akan kerenah mengidam . Semasa itu ibu sering mengidam akan kek coklat dan buah-buahan. Penuh peti sejuk dengan pelbagai jenis kek coklat dan buah-buahan. Ibu dan ayah pada ketika ini sedang sibuk menyediakan pelbagai keperluan aku. Seperti pakaian baru, tempat tidur, barang mandian dan bermacam-macam lagi .Atok dan nenek juga sangat gembira mengatahui akan berita kelahiran aku. Nenek sangat berhati-hati menjaga ibu ketika itu. Ibu sering dimarahi nenek kerana membuat kerja-kerja berat. Nenek tidak membenarkan lansung ibu membuat sebarang kerja rumah, sehingga ibu berasa bosan. Nenek juga seorang yang prihatin akan kesihatan ibu. Nenek sangat rajin menyediakan susu pada waktu pagi, petang dan malam. Atok pula sedang sibuk menghias kediaman aku. Atok mengecat serta menghias kediaman dengan penuh semangat.
1993-8 bulan
Ibu hanya menunggu detik-detik kelahiran aku. Ketika itu ibu sedang sarat dengan perut yang sangat besar. Ibu hanya mampu duduk di rumah ditemani nenek. Ayah masih sibuk akan kerja hariannya. Pada masa itu juga,ayah membuat kenduri doa selamat. Mendoakan akan kesihatan dan keselamatan ibu semasa dan selepas melahirkan aku. Semua ahli keluarga belah Ibu dan ayah datang. Hari demi hari dihitung akan saat-saat bahagia kelahiran aku. Ibu suka membaca dan rajin mengemas. Patut lah aku rasa aku sangat lah rajin baca buku(sebenarnya sebaliknya)haha.
1993-18Febuari
Lahirnya cahaya mata keturunan Adam bernama Noor Farah Lisa binti Arman,yang akan mewarnai kehidupan keluarga aku.Aku dilahirkan di Hospital Besar Kuala Lumpur tepat pada pukul 2.00p.m.Selepas kelahiran aku,ibu membawa aku pulang ke Segambut Tengah,kediaman kami sekeluarga.Kepulangan aku disambut dengan penuh kegembiraan atuk dan nenek serta sedara-mara.Semasa ibu dalam pantang,aku dijaga dengan rapi oleh arwah nenek.Jadi segala keperluan ibu dan aku,nenek yang sediakan.
1996-4 Tahun kemudian
Ibu dan ayah telah pun hantar aku ke Tadika Brillian. Hari pertama masuk ke tadika,aku menangis bagaikan disampuk setan,maklum lah rasa macam kena tinggal.Dan yang paling aku benci,Ibu selalu hantar aku lambat ke tadika.Dahlah h hantar lamnat,amik waktu balik pon lambat.Benci sungguh.Semasa 4tahun aku hanya diajar mewarna dan mengeja.Dalam usia itu,hobiku adalah mewarna.Sehingga semua dinding dirumah aku warnakan.Jadi bakatku telah diketahui ibu.Ibu pon telah menghantar aku ke kelas mewarna serta melukis pada hujung minggu.1tahun kemudian,adik aku Noor Farah Aziera pon masuk ke tadika yang same.Aku tidak perlu rasa takut,sebab aku telah ditemani adik kesayangan aku.
1999-2005 di Sekolah Kebangsaan Taman Kepong
Zaman aku sekolah rendah dulu.Aku ni bukan budak yang nerd sangat walaupon aku pengawas sekolah. Aku selalu langgar peraturan jarang sekali tak langgar. Erk. Haha. Sejujurnya aku pon tak paham. Aku kenalah timba pengalaman langgar peraturan supaya aku berasa hebat.haha.Ketika di sekolah rendah dulu, aku paling takut dengan guru disiplin sekolah aku. Nama beliau ialah Teacher Eishah. Aku rasa mana-mana pelajar pun pasti amat takut dengan guru disiplin.Teacher Eishah amat pantang sekiranya pelajar perempuan yang mewarna rambut.Pada hari malang itu pon aku dimarahi,lagi-lagi aku adalah seorang pengawas sekolah,sangat lah memamlukan diri sendiri.Jadi aku pon terpaksa lah buat muka toya dengar bebelan dia. Sepanjang aku berada di sekolah tersebut, aku merupakan salah seorang pelajar yang aktif di sekolah. Di sekolah, aku banyak menumpukan perhatian di dalam sukan bola jaring di peringkat sekolah. Walaupun aku banyak terlibat dalam aktiviti kokurikulum, namun bidang akademik tidak aku lupakan. Setiap detik yang berlalu itu kurasakan semakin cepat dan tanpa aku sedari bulan September sudah kunjung tiba. Kini, aku akan menduduki peperiksaan (UPSR) ini dengan tenang hati dan aku mengharapkan usahaku selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan. Aku cuba mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam setiap peperikasaan kerana bagi aku bidang akademik dan bidang kokurikulum adalah dua bidang yang sama penting dalam hidupku.Akhir sekali sekolah rendah merupakan pengalaman hidup bersama kawan-kawan yang sangat berharga,disini lah aku berlajar erti kawan,belajar,sukan, dan tanggungjawab sebai pengawas yang selalu langgar peraturan dan macam-macam lagi.
2006-2008 Sekolah Menengah Kepong Baru
Masuk sekolah menengah, aku terasa lain sedikit, kerana ketika ini aku mengalami kejutan budaya. Maklum lah, kawan baru, sekolah baru, warna kain baru, pelajaran baru , dan segala-galanya baru. haha. Semasa masuk sekolah mennegah lah aku pandai nak melaram jew. Jadi azam aku masa tingkatan 1 dan 2 adalah untuk meguruskan badan. Ketika di sekolah menengah ne lah aku rajin ponteng sekolah berfoy-foya diluar .Agak lame aku membuat kerja bodoh ne sehingga perbuatan aku diketahui ibu, ayah kerana aku telah dipanggil guru disiplin kerana ade orang report ,huh tak guna betol .haha. tetapi aku sangat berterima kasih kerana menyedarkan aku .Sejak dari itu aku bertaubat untuk belajar balik ape yang aku ketinggalan .2008 telah pon bermula, aku perlu fokus akan PMR pada tahun itu .Aku agak terhuyung-hanyang jugak kerana mempunyai krisis keluaga sehingga lah aku sedar yang aku perlu fokus dalam peperiksaan. Tapi aku sempat jugak berparty dengan kawan-kawan aku.Akhir sekali detik-detik yang ditunggu telah tiba, aku pon menduduki peperiksaan PMR .Perkara yang tidak dapat dilupakan adalah semasa di Tingkatan 3, merupakan tahun yang sangat gembira bersama teman -teman baikku.
2009-2010 Sekolah Menengah Teknik Port Dickson
Berpindah ke sekolah menengah teknik port dickson merupakan kesilapan terbesar yang aku sangka pada awal nya. Tetapi aku sedar akhir nya, masuk di sekolah menengah teknik p.d merupakan peluang yang sangat baik untuk aku, kerana aku telah pon mendapat basiswa percuma(boleh enjoy)sebab aku telah merasiakan dari pengatahuan keluarga aku,haha! aktif dalam kokurukulum seperti coral speaking,drama bi dan menjadi pengawas sekolah yang sangat lah nakal. Pada awal masuk ke sekolah teknik p.d aku berasa pemikiran mereka sangat lah kuno.Aku bencikan senior aku yang sentiasa mengganggu hidup aku di asrama. Detik-detik menunggu senior aku berambus dari asrama telah pon tiba pada hujung 2009. Selepas itu aku pula menjadi senior kepada junior baru.haha. hati pon senang, tiada peraturan bodoh yang dilakukan senior tahun lepas. Perasaan duduk jauh dari keluarga sangat-sangat lah terasa. Aku sangat merindui adik-adik aku serta ibu dan ayah tambah kekasih aku sekalilah.haha. Pada tahun ini pon aku perlu belajar bersungguh-sungguh kerana akan menduduki peperiksaan SPM.Tetapi aku tidak lah terlalu risau kerana makcik kesayangan aku dekat sahaja disana. Makcik aku ne selalu manjakan ape saje yang aku mahukan, dia rajin melayan kerenah aku yang sangat lah mengada.Tapi au dh anggap makcik dan pakcik aku adalah keluarga aku sendiri.
2011 Januari-May kerja di Cosway
Sementara tunggu keputusan SPM dan kemasukkan ke ipta aku membantu makcik kesayangan aku yang baru sahaja memulakan perniagaan Cosway.Pengalaman bekerja bersamanya sangat lah berharga bagi aku.Dalam masa 4bulan berkerja aku dapat mengumpul 6ribu dalam tangan.Jadi dapat lah aku tukar Hp Blackberry Torch.haha.yang sedih gaji 6ribu yang tinggal hanya 2ribu .Dan akhir sekali hujung bulan may aku mendapat tawaran masuk ke Universiti Selangor.