Wednesday, 29 June 2011

My Story


1992- 3 bulan
Ibu
  bercerita  ketika  dia  sedang  sarat  mengandung, dengan  tekun  aku mendengar. Ibu  mengatakan  bahawa  mengandungkan  aku  adalah  hadiah  yang paling  istimewa  bersama  ayah. Pada  bulan  pertama, kedua  dan  ketiga  berita mengandungkan  aku  masih  belum  dapat  dikenal  pasti. Ibu  hanya  mengatahui selepas  3bulan. Ibu  mengalami  muntah-muntah, sakit kepala, sakit  tulang belakang dan  pening. Ibu  dan  ayah  pon  mengambil  keputusan  pergi  ke  Klinik Akshah. Doktor Murnirah  telah  memberi  kejutan  yang  sangat  besar  kepada  ibu  dan  ayah akan  kejadian  aku. Setelah  mengatahuinya  ibu  menangis  tanda  kesyukuran. Ayah  hanya  mampu  tersenyum  kegembiraan. Kegembiraan  ini  bukan  hanya  seketika sahaja. Ianya  berpajangan  kerana  diheboh kan  kepada  semua  ahli  keluarga.

1992-6 bulan
Ibu  sedang  sarat  mengandungkan  aku. Ketika  itu  ibu  masih  bekerja  di  Restoran Tom  Yam  yang  dikendalikan  ayah  aku  sendiri. Ibu  seorang  yang  sangat  rajin  dan tekun  akan  tugasnya. Ibu  pernah  memberi  tahu  bahawa, aku  sangat  nakal  didalam  perut  kerana  sering  kali  ibu  rasa  seperti  ditendang. Tetapi  setiap  kali  aku bergerak, setiap  kali  itu  jugak  ibu  tersenyum  kegembiraan. Ayah  sangat  prihatin akan  kesihatan  ibu. Ayah  sering  membeli  layanan  yang  baik  akan  kerenah  mengidam . Semasa  itu  ibu  sering  mengidam  akan  kek coklat  dan  buah-buahan. Penuh  peti  sejuk  dengan  pelbagai  jenis  kek coklat  dan  buah-buahan. Ibu  dan  ayah  pada  ketika  ini  sedang  sibuk  menyediakan  pelbagai  keperluan  aku. Seperti  pakaian  baru, tempat  tidur, barang  mandian  dan  bermacam-macam  lagi .Atok  dan  nenek  juga  sangat  gembira  mengatahui  akan  berita  kelahiran  aku. Nenek  sangat  berhati-hati  menjaga  ibu  ketika  itu. Ibu  sering  dimarahi  nenek  kerana  membuat  kerja-kerja  berat. Nenek  tidak  membenarkan  lansung  ibu membuat  sebarang  kerja  rumah, sehingga  ibu  berasa  bosan. Nenek  juga  seorang  yang  prihatin  akan  kesihatan  ibu. Nenek  sangat  rajin  menyediakan  susu  pada  waktu  pagi, petang  dan  malam. Atok  pula  sedang  sibuk  menghias  kediaman  aku. Atok mengecat  serta  menghias  kediaman  dengan  penuh  semangat.

1993-8 bulan
Ibu  hanya  menunggu  detik-detik  kelahiran  aku. Ketika  itu  ibu  sedang  sarat  dengan  perut  yang  sangat  besar. Ibu  hanya  mampu  duduk  di  rumah  ditemani  nenek. Ayah  masih  sibuk  akan  kerja  hariannya. Pada  masa  itu  juga,ayah  membuat  kenduri  doa  selamat. Mendoakan  akan  kesihatan  dan  keselamatan  ibu  semasa  dan  selepas  melahirkan  aku. Semua  ahli  keluarga  belah  Ibu  dan  ayah  datang.  Hari  demi  hari  dihitung  akan  saat-saat  bahagia  kelahiran  aku. Ibu  suka  membaca  dan  rajin  mengemas.  Patut lah  aku  rasa  aku  sangat  lah rajin  baca buku(sebenarnya sebaliknya)haha.

1993-18Febuari
Lahirnya cahaya mata keturunan Adam bernama Noor Farah Lisa binti Arman,yang akan mewarnai kehidupan keluarga aku.Aku  dilahirkan  di  Hospital  Besar  Kuala Lumpur  tepat  pada pukul  2.00p.m.Selepas  kelahiran  aku,ibu  membawa  aku  pulang  ke  Segambut  Tengah,kediaman  kami  sekeluarga.Kepulangan  aku  disambut  dengan  penuh  kegembiraan  atuk  dan  nenek  serta  sedara-mara.Semasa  ibu  dalam  pantang,aku  dijaga  dengan rapi  oleh arwah  nenek.Jadi  segala  keperluan  ibu  dan  aku,nenek  yang  sediakan.

1996-4 Tahun kemudian
Ibu  dan  ayah  telah  pun  hantar  aku  ke  Tadika Brillian. Hari pertama  masuk  ke tadika,aku  menangis  bagaikan  disampuk  setan,maklum lah  rasa  macam  kena  tinggal.Dan  yang  paling  aku  benci,Ibu  selalu  hantar  aku lambat  ke  tadika.Dahlah h hantar lamnat,amik  waktu  balik  pon  lambat.Benci  sungguh.Semasa  4tahun  aku  hanya  diajar  mewarna  dan mengeja.Dalam  usia  itu,hobiku  adalah  mewarna.Sehingga  semua  dinding  dirumah  aku  warnakan.Jadi  bakatku  telah  diketahui  ibu.Ibu  pon  telah  menghantar  aku  ke  kelas  mewarna  serta  melukis  pada  hujung  minggu.1tahun  kemudian,adik aku Noor Farah Aziera  pon  masuk  ke  tadika  yang  same.Aku  tidak  perlu  rasa  takut,sebab  aku  telah  ditemani  adik  kesayangan aku.

1999-2005 di Sekolah Kebangsaan Taman Kepong
Zaman aku sekolah rendah dulu.Aku ni bukan budak yang nerd sangat walaupon aku pengawas sekolah. Aku selalu langgar peraturan jarang sekali tak langgar. Erk. Haha. Sejujurnya aku pon tak paham. Aku kenalah timba pengalaman langgar peraturan supaya  aku berasa hebat.haha.Ketika di sekolah rendah dulu, aku paling takut dengan guru disiplin sekolah aku. Nama beliau ialah Teacher Eishah. Aku rasa mana-mana pelajar pun pasti amat takut dengan guru disiplin.Teacher Eishah amat pantang sekiranya pelajar perempuan yang mewarna rambut.Pada hari malang itu pon aku dimarahi,lagi-lagi aku adalah seorang pengawas sekolah,sangat lah memamlukan diri sendiri.Jadi aku pon terpaksa lah buat muka toya dengar bebelan dia. Sepanjang aku berada di sekolah tersebut, aku merupakan salah seorang pelajar yang aktif di sekolah. Di sekolah, aku banyak menumpukan perhatian di dalam sukan bola jaring di peringkat sekolah. Walaupun aku banyak terlibat dalam aktiviti kokurikulum, namun bidang akademik tidak aku lupakan. Setiap detik yang berlalu itu kurasakan semakin cepat dan tanpa aku sedari bulan September sudah kunjung tiba. Kini, aku akan menduduki peperiksaan (UPSR) ini dengan tenang hati dan aku mengharapkan usahaku selama ini akan membuahkan hasil yang lumayan. Aku cuba mendapatkan keputusan yang cemerlang di dalam setiap peperikasaan kerana bagi aku bidang akademik dan bidang kokurikulum adalah dua bidang yang sama penting dalam hidupku.Akhir sekali sekolah rendah merupakan pengalaman hidup bersama kawan-kawan yang sangat berharga,disini lah aku  berlajar erti kawan,belajar,sukan, dan tanggungjawab sebai pengawas yang selalu langgar peraturan dan macam-macam lagi.

2006-2008 Sekolah Menengah Kepong Baru
Masuk  sekolah  menengah, aku  terasa  lain  sedikit, kerana  ketika  ini  aku  mengalami  kejutan  budaya. Maklum  lah, kawan  baru, sekolah  baru, warna  kain  baru, pelajaran  baru , dan  segala-galanya  baru. haha. Semasa  masuk  sekolah  mennegah  lah  aku  pandai  nak  melaram  jew. Jadi  azam  aku  masa  tingkatan  1 dan  2  adalah  untuk  meguruskan  badan. Ketika  di  sekolah  menengah  ne  lah  aku  rajin  ponteng  sekolah  berfoy-foya  diluar .Agak  lame  aku  membuat  kerja  bodoh  ne  sehingga perbuatan  aku  diketahui  ibu, ayah  kerana  aku  telah  dipanggil  guru  disiplin  kerana  ade orang  report ,huh  tak  guna  betol .haha. tetapi  aku  sangat  berterima kasih  kerana  menyedarkan aku .Sejak  dari  itu  aku  bertaubat  untuk  belajar  balik ape  yang  aku  ketinggalan .2008  telah  pon  bermula, aku  perlu  fokus  akan  PMR pada  tahun  itu .Aku  agak  terhuyung-hanyang  jugak  kerana  mempunyai  krisis  keluaga  sehingga lah  aku  sedar  yang  aku  perlu  fokus  dalam  peperiksaan. Tapi  aku  sempat  jugak  berparty  dengan  kawan-kawan  aku.Akhir  sekali detik-detik  yang ditunggu  telah  tiba, aku  pon  menduduki  peperiksaan  PMR .Perkara  yang  tidak  dapat dilupakan  adalah  semasa  di  Tingkatan 3, merupakan  tahun  yang  sangat  gembira  bersama  teman -teman  baikku.
2009-2010 Sekolah Menengah Teknik Port Dickson
Berpindah  ke  sekolah  menengah  teknik  port  dickson  merupakan  kesilapan  terbesar  yang  aku  sangka  pada  awal  nya. Tetapi  aku  sedar  akhir  nya, masuk  di  sekolah menengah  teknik  p.d  merupakan  peluang  yang  sangat  baik untuk  aku, kerana aku  telah  pon  mendapat  basiswa  percuma(boleh enjoy)sebab aku  telah  merasiakan  dari  pengatahuan  keluarga  aku,haha! aktif  dalam  kokurukulum  seperti coral speaking,drama bi  dan  menjadi  pengawas  sekolah  yang  sangat  lah nakal. Pada  awal  masuk  ke  sekolah  teknik  p.d  aku  berasa  pemikiran  mereka sangat lah  kuno.Aku  bencikan  senior aku  yang  sentiasa  mengganggu  hidup  aku  di asrama. Detik-detik  menunggu  senior  aku berambus  dari  asrama  telah  pon  tiba pada  hujung  2009. Selepas  itu  aku  pula  menjadi  senior  kepada  junior  baru.haha. hati  pon  senang, tiada  peraturan  bodoh  yang  dilakukan  senior  tahun lepas. Perasaan  duduk  jauh  dari  keluarga  sangat-sangat lah  terasa. Aku  sangat  merindui adik-adik  aku  serta  ibu  dan  ayah  tambah  kekasih  aku sekalilah.haha. Pada  tahun  ini  pon  aku  perlu  belajar  bersungguh-sungguh  kerana akan  menduduki  peperiksaan  SPM.Tetapi  aku tidak lah  terlalu risau  kerana  makcik  kesayangan  aku  dekat  sahaja  disana. Makcik aku  ne  selalu  manjakan  ape  saje  yang  aku  mahukan, dia  rajin  melayan  kerenah  aku  yang  sangat  lah  mengada.Tapi au dh anggap makcik  dan  pakcik aku  adalah keluarga aku sendiri.
2011 Januari-May kerja di Cosway
Sementara  tunggu  keputusan  SPM  dan  kemasukkan  ke  ipta  aku membantu  makcik  kesayangan  aku yang baru  sahaja  memulakan  perniagaan  Cosway.Pengalaman  bekerja  bersamanya  sangat lah  berharga  bagi  aku.Dalam  masa 4bulan  berkerja  aku  dapat  mengumpul  6ribu  dalam tangan.Jadi  dapat lah  aku tukar  Hp  Blackberry  Torch.haha.yang  sedih  gaji  6ribu  yang  tinggal  hanya  2ribu .Dan  akhir  sekali  hujung  bulan  may  aku  mendapat  tawaran  masuk ke Universiti Selangor.